KSA19 Football 9s

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 09, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran dan cagaran akan dikembalikan selepas kejohanan.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara yang berdaftar sahaja.
2.2. Had umur seperti berikut:
i. Junior (24 tahun dan ke bawah)
ii. Terbuka (Tiada had umur)
iii. Senior (35 tahun hingga 39 tahun)
iv. Master (40 tahun dan ke atas)

2.3. Penggunaan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. 15 orang satu pasukan (Termasuk 6 pemain gantian).
2.5. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.6. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.7. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.8. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.9. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti kecuali jumlah peserta sesebuah pasukan itu tidak mencukupi 15 orang untuk sesuatu perlawanan di mana peserta yang telah didaftarkan mengalami kecederaan serius dan disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 5 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 3 gol.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.3. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.
3.4. Setiap pasukan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh (7) orang pemain bagi memulakan setiap perlawanan dan selepas 5 minit masa ditetapkan. Jika gagal maka pasukan terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 3 gol (3 – 0).
3.5. Pasukan yang menurunkan peserta yang tidak berdaftar, penolakan mata akan dilakukan berdasarkan Pihak Urusetia.
3.6. Pasukan yang menurunkan PESERTA BUKAN ANSARA, denda sebanyak RM50.00 bagi setiap PESERTA BUKAN ANSARA.
3.7. Peserta-peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.
3.8. Nombor jersi setiap pemain yang didaftarkan hendaklah dikekalkan sehingga kejohanan selesai.



4. Format Kejohanan
4.1. Pertandingan ini akan dijalankan secara LIGA SATU PUSINGAN dalam setiap kumpulan masing-masing.
4.2. Semua pasukan akan diundi dalam kumpulan yang ditetapkan. Pasukan yang menjadi JOHAN dan NAIB JOHAN dalam setiap kumpulan layak ke PUSINGAN KALAH MATI.
4.3. Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk seri dan 0 mata untuk kalah.
4.4. Setelah selesai perlawanan liga bagi setiap Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua jika terdapat dua pasukan atau lebih memperolehi mata yang sama maka :
i. Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan iaitu pasukan yang memperolehi perbezaan yang terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
ii. Jika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
iii. Jika masih seri juga, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah menduduki tempat yang lebih tinggi.
iv. Jika masih juga seri, kedudukan ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

4.5. Masa Perlawanan
i. Sistem masa 7-1-7 untuk semua perlawanan kecuali perlawanan akhir yang akan menggunakan system masa 10-2-10.
ii. Jika permainan telah dijalankan melebihi separuh masa perlawanan tetapi terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, keadaan cuaca dan sebagainya, maka keputusan permainan adalah dianggap sah. Jika tidak, perlawanan ulangan akan dijalankan. Pengadil bertanggungjawab menentukan masa permainan.

4.6. Pemain Gantian
i. Rolling-Sub dibenarkan dalam setiap perlawanan.
ii. Penggantian boleh dilakukan pada bila-bila masa perlawanan mengikut budi bicara pengadil.
iii. Penggantian tidak akan dibenarkan jika seseorang peserta itu diarah ‘keluar padang’ oleh pengadil.

4.7. Jersi
i. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan jersi yang sesuai dengan nombor yang jelas.
ii. Jika terdapat jersi yang lebih kurang sama (mengikut pendapat Pengadil perlawanan) maka pertukaran jersi akan ditentukan melalui lambungan syiling di hadapan Pengadil perlawanan.
iii. Setiap peserta adalah wajib menggunakan Nombor Jersi yang sama pada setiap kali bermain.

4.8. Disiplin & Pergantungan
i. Peserta yang diarah ‘keluar padang’ (kad merah) oleh pengadil, secara automatik digantung daripada bermain perlawanan berikutnya.
ii. Peserta yang mengumpul 3 kad kuning dalam perlawanan-perlawanan sebelumnya akan digantung satu (1)perlawanan berikutnya secara automatik.
iii. Pegawai Pasukan yang dilaporkan oleh Pegawai Perlawanan atau Pegawai Teknikal Kejohanan kerana melanggar disiplin pertandingan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4.9. Pengadil & Hakim
i. Pengadil & Hakim Garisan perlawanan akan disediakan.
ii. Keputusan yang dibuat oleh Pengadil adalah muktamad.
iii. Dalam apa juga situasi semasa perlawanan berlangsung, pengadil adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan Pegawai Kejohanan (jika ada) akan bekerjasama memberi nasihat kepada Pengadil berdasarkan kepada aspek Keselamatan dan Ketenteraman Awam.


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Junior
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semi finalist : Medal

5.2. Terbuka
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semi finalist : Medal

5.3. Senior
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semi finalist : Medal

5.4. Master
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semi finalist : Medal


6. Insuran pasukan
6.1. Setiap pasukan adalah bertanggungjawab memastikan setiap peserta dan pegawai mereka yang terlibat mempunyai insuran perlindungan diri.
6.2. Pihak Urusetia tidak bertanggungjawab ke atas segala kemalangan dan kecederaan yang timbul sebelum / semasa / selepas kejohanan dijalankan.

Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia