KSA19 Tennis

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 09, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 30.00 bagi Individu dan RM 60.00 bagi Beregu dikenakan ke atas setiap pemain yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran dan cagaran akan dikembalikan selepas kejohanan.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara yang berdaftar sahaja.
2.2. Had Umur seperti berikut:
i. Junior (24 tahun dan ke bawah)
ii. Terbuka (Tiada had umur)
iii. Senior (35 tahun hingga 44 tahun)
iv. Master (45 tahun dan ke atas)

2.3. Penggunakan peserta ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta terbabit dikira memberikan walkover dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.3. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.


4. Format Kejohanan
4.1. Semua perlawanan akan berdasarkan Proset 8, dengan Super Tie-Break (10-mata tiebreaker apabila 7-7). ‘No-Ad scoring’ bagi perlawanan beregu.
4.2. Pihak penganjur berhak menukar jadual perlawanan atau cara pengiraan mata alternatif mengikut kesesuaian masa.
4.3. Peserta beregu diwajibkan memakai jersi sama warna.

4.4. Peraturan dan Undang-undang
4.4.1. Undang-undang ITF dan LTAM akan digunapakai.

4.5. Kategori Kejohanan
4.5.1. Perseorangan Lelaki Junior
4.5.2. Perseorangan Lelaki Terbuka
4.5.3. Perseorangan Lelaki Senior
4.5.4. Perseorangan Lelaki Master
4.5.5. Beregu Lelaki Junior
4.5.6. Beregu Lelaki Terbuka
4.5.7. Beregu Lelaki Senior
4.5.8. Beregu Lelaki Masters
4.5.9. Perseorangan Perempuan Terbuka
4.5.10. Beregu Terbuka Senior


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Junior/Terbuka/Senior/Master Individu
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semi finalist : Medal

5.2. Junior/Terbuka/Senior/Master Regu
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semi finalist : Medal

Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia