ANSARA DI SEBALIK PASKAL (2018)

Posted By ABU BAKAR ABDUL GHAFFAR, October 30 2018

Korang dah tengok belom cerita PASKAL yang berjaya mengutip RM22 juta dalam masa 18 hari tayangan?? Bukan itu sahaja, PASKAL juga diiktiraf dengan rating 8.7 di laman sesawang Internet Movie Database (IMDB) menjadikan filem berkenaan sebagai filem tempatan yang memiliki skor rating tertinggi di laman sesawang tersebut untuk filem-filem Malaysia.

Pembukaan filem PASKAL ada menceritakan secara ringkas mengenai Operasi Fajar yang pertama pada 2008.

Korang tahu tak ada geng Ansara kita yang terlibat dengan Operasi Fajar yang pertama ni? Operasi Fajar yang pertama ini melibatkan misi menyelamat dua kapal milik MISC iaitu MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 yang ditawan berdekatan Eyl Somalia di perairan Gulf of Aden. Seramai 69 orang tebusan krew kapal rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh lanun-lanun Somalia dalam masa 29 hari.

Kerajaan Malaysia telah menghantar 2 kapal perang TLDM iaitu KD LEKIU dan KD SRI INDERAPURA untuk menyelamatkan para tebusan.

Ini adalah sebahagian daripada pegawai kapal KD LEKIU yang merupakan bekas pelajar MRSM yang berkhidmat ketika Op FAJAR 2008.

Komander Suhaimi TLDM - Ansara Jasin
Ketua Pegawai Peperangan

Komander Kamal Irfan TLDM - Ansara Balik Pulau
Pegawai Navigasi

Komander Adha TLDM - Ansara Muar
Pegawai Jurutera Marin

Leftenan Komander Sabri TLDM (B) - Ansara Beseri
Timbalan Pegawai Juruletrik dan Senjata

Leftenan Hisyam TLDM (B) - Ansara Kuantan
Asisten Pegawai Laksana

Terima kasih kami ucapkan atas segala usaha dan jasa baik pegawai-pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkhidmat untuk negara. 

#1UnitedAnsara
#UnlockingThePotential
#25TAnsara