AHLI ANSARA KUANTAN SEBAGAI PENGERUSI PNS

Posted By ABU BAKAR ABDUL GHAFFAR, October 06 2018

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Datuk Dzulkifli Fadzilah (Ansara Kuantan 80) dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang baharu berkuat kuasa 15 Oktober ini,  bagi menggantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee.

Dzulkifli mempunyai ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari California State University dan Sarjana Kewangan dari Golden Gate University, San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dari 2011 hingga 2017; dan kini berjawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Skim Penyelesaian Hutang Kecil di Bank Negara Malaysia sebelum perlantikan ini.

Syabas dari seluruh keluarga Ansara Malaysia..

Berita berkaitan: