SENTUHAN ANSARA DI DALAM DENDAM LAKSAMANA

Posted By SYSTEM ADMIN, November 01 2018

Bangsawan Dendam Laksamana, yang menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah-2 yang dibunuh oleh Laksamana Bentan sebagai membalas pembunuhan isterinya Wan Anum (yang mengandung) kerana memakan seulas buah nangka milik Sultan. Kisah ini telah melalui pelbagai komposisi dan salah satunya ialah karya oleh Shaharom Husain (Masyhor Malaya) pada tahun 1978. Pementasan produksi oleh Persatuan Seni Pusaka Senseng Malaysia ini mengambil inspirasi daripada skrip Shaharom.

Diantara yang bertanggungjawab di dalam produksi pementasan ini ialah dua ahli Ansara Jasin iaitu Mawlid Zaenie yang menjadi koreografer silat adegan2 pertempuran dan Idzuan Samad sebagai pereka produksi.

Sama-samalah memberi sokongan kepada usaha rakan Ansara kita.

More info:
https://www.budiey.com/jerayawara-pekan-bangsawan-warisan-budaya/

http://m.utusan.com.my/hiburan/terbalaskah-dendam-laksamana-1.544279