RM2JUTA UNTUK TABUNG PENDIDIKAN ANSARA

Posted By ABU BAKAR ABDUL GHAFFAR, November 09 2018

PERUNTUKAN SEBANYAK RM2JUTA UNTUK TABUNG PENDIDIKAN ANSARA

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia, ANSARA dengan kerjasama Koperasi Anak Sains MARA Berhad, ASMARA memeterai perjanjian strategik bersama bagi pembangunan Tabung Pendidikan Ansara.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara ANSARA dan ASMARA pada 19 Nov yang lalu telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Amiruddin Hamzah yang juga merupakan bekas pelajar MRSM Seremban (SPM79).

Tabung Pendidikan berkenaan akan dikendalikan oleh ASMARA bagi menyediakan pinjaman mudah untuk bekas pelajar MRSM melanjutkan pelajaran ke pertingkat tertinggi.

Dana permulaan tersebut telah dipersetujui untuk dilabur dan diberikan oleh beberapa individu ahli ANSARA. Ahli ANSARA lain yang berminat untuk melabur sambil beramal adalah dialu-alukan.

#1unitedAnsara
#unlockingthepotential