MAJLIS MAKAN MALAM GALA ANSARA, AGD2019

Posted By ABU BAKAR ABDUL GHAFFAR, March 23 2019


Sukacitanya kami menjemput semua ahli ANSARA Malaysia untuk hadir bersama di Malam AGD2019 seperti di bawah:

Jumaat, 12 April 2019
Grand Ballroom, Palace of Golden Horses, MINES Serdang
7 malam - 11 malam
RM330 seorang

Pendaftaran & Red Carpet dibuka jam 6 petang.

Kita amat berbesar hati untuk bersama menerima kehadiran Tetamu Kehormat, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di malam AGD2019 itu nanti.

Bertemakan Melayu Kontemporari, malam gemilang AGD2019 bakal menjadi penutup rasmi Sambutan ANSARA25T di samping turut meraikan ahli-ahli ANSARA, dan membuka peluang menjalin ukhwah antara senior, junior dan semua yang hadir bersama.

Antara pengisian AGD2019 juga ialah:
1. Penyampaian sumbangan kepada 25 pelajar MRSM B40, sebagai kesinambungan program kebajikan.

2. Persembahan daripada ahli-ahli ANSARA termasuklah nyanyian, tayangan video dan persembahan berkumpulan.

3. Kita turut menjemput pasukan Gamelan MRSM Trolak, untuk membuat persembahan semasa majlis.

4. Peluang networking bersama ANSARA Business (ABiz) akan dimulakan pada sebelah tengahhari di ruang lobi.

5. Turut mengundang semua untuk hadir ke Sesi Dialog ABiz, membincangkan peljang-peluang bisnes di kalangan ahli ANSARA dengan market leaders.

6. Slot Red Carpet juga akan dibuat Live Streaming, meraikan semua yang hadir di majlis AGD2019.

AGD2019 juga bakal menerima kehadiran ramai ahli korporat, ahli politik, ahli industri, ahli usahawan di kalangan ahli-ahli ANSARA. Kepada anda yang mencari peluang, ini mungkin masa yang terbaik bagimu!

Tema Pakaian: Melayu Kontemporari
(Batik Moden, Songket, Baju Melayu, Pakaian Tradisional, dsb)

Tiket: RM300 seorang
Termasuk akses sepanjang hari, makan malam dan menyumbang auto kepada Dana Tabung Ansara

Untuk pembelian, boleh terus ke myansara.org

Nantikan Buletin AGD2019 yang terkini tidak lama lagi!

#AGD2019