KSA19 Table Tennis

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 09, 2018

Yuran Pendaftaran


1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 30.00 bagi kategori perseorangan, RM50.00 bagi kategori beregu dan RM100.00 bagi kategori berkumpulan. Yuran perlu dijelaskan sebelum kejohanan bermula.



1.2. Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran berkenaan sepertimana yang disyaratkan. Setiap ahli wajib berdaftar sebagai alumni ansara di portal sebelum mendaftar sebagai pemain.







Syarat Kejohanan


2.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang berkuat kuasa dan diterima pakai oleh Pasukan Ping Pong Malaysia serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kecil Pengelola Pertandingan.



2.2. Kejohanan ini hanya terbuka kepada semua bekas pelajar MRSM sahaja. Pihak Penganjur berhak membatalkan mana – mana penyertaan peserta sekiranya didapati peserta tersebut bukan dari kalangan bekas pelajar MRSM dan yuran penyertaan tidak akan di kembalikan.



2.3. Peserta diwajibkan untuk memakai pakaian sukan yang lengkap dan bersesuaian. Pakaian seperti jeans, seluar slack, selipar dan lain – lain yang berisiko tinggi boleh menyebabkan kecederaan adalah tidak dibenarkan. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya pakaian tidak bersesuaian.



2.4. Bet pingpong tidak disediakan oleh pihak penganjur. Peserta perlu membawa bet sendiri untuk pertandingan.


2.5. Getah yang digunakan akan dipantau oleh pihak penganjur. Getah yang diubahsuai dan tidak mematuhi peraturan ITTF seperti getah yang telah mati, pimple yang diubahsuai (contohnya berminyak, biji tidak sekata, tidak digam dengan sempurna) tidak dibenarkan sama sekali.



2.6. Bola pingpong untuk perlawanan disediakan oleh penganjur. Bola yang akan digunakan adalah bola putih jenis plastik 40+ yang diiktiraf oleh ITTF.



2.7. Pihak penganjur berhak menggugurkan penyertaan mana-mana peserta sekiranya didapati melakukan kesalahan/melanggar peraturan/masalah disiplin/perbuatan yang tidak baik sewaktu kejohanan diadakan.



2.8. Pasukan/peserta yang lambat masuk ke meja apabila dipanggil akan diberikan tempoh 10 minit sebelum kemenangan diberikan kepada pihak lawan.



2.9. Sekiranya pasukan tidak dapat meneruskan perlawanan atas menarik diri, kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.



2.10. Makan dan minum tidak disediakan oleh pihak penganjur.



2.11. Pengadil akan disediakan. Walaubagaimanapun, Pengadil untuk perlawanan peringkat kumpulan hingga quarter final adalah dari pihak peserta sendiri.



2.12. Mana-mana peserta yang mengalami kecederaan semasa sedang bermain akan diberi masa 5 minit untuk dipulihkan atau mendapat rawatan.



2.13. Pihak penganjur berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar untuk menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di dalam peraturan ini.



2.14. Keputusan pengadil/penganjur adalah muktamad.



2.15. Pasukan dibenarkan import player dari chapter lain hanya jika tidak cukup ahli untuk lengkapkan pasukan. Atau chapter yang hanya ada seorang pemain dan ingin bermain acara berpasukan dibenarkan untuk ‘jump’ ke chapter lain. Namun permarkahan akan diberi kepada chapter yang beliau sertai, dan bukan kepada chapter individu tersebut.





Kategori Kejohanan


3.1. Perseorangan Lelaki Junior



3.2. Perseorangan Lelaki Open



3.3. Perseorangan Lelaki Senior



3.4. Perseorangan Lelaki Master



3.5. Beregu Lelaki Junior



3.6. Beregu Lelaki Open



3.7. Beregu Lelaki Senior



3.8. Beregu Lelaki Masters



3.9. Perseorangan Wanita Open



3.10. Perseorangan Wanita Senior



3.11. Beregu Wanita Open



3.12. Beregu Wanita Senior



3.13. Berpasukan Lelaki Open (Beregu/Perseorangan/Beregu)



3.14. Berpasukan Wanita Open (Beregu/Perseorangan/Beregu)







4.1. Kategori Perseorangan



i. Penyertaan bagi setiap kategori adalah terhad. Pendaftaran adalah berdasarkan



„first come and first serve basis‟



ii. Pihak penganjur berhak membatalkan mana – mana peserta yang tidak mematuhi keahlian, had umur yang di tetapkan untuk kategori Senior dan wang penyertaan tidak akan di kembalikan.



iii. Sistem liga dalam kumpulan, dan kemudian nya knockout, akan digunakan untuk acara perseorangan.



4.2. Kategori Beregu


i. Penyertaan bagi setiap kategori adalah terhad. Pendaftaran adalah berdasarkan

„first come and first serve basis‟.



ii. Penukaran peserta/pasangan yang telah didaftarkan adalah dibenarkan sebelum kejohanan bermula mengikut kepada budi bicara pihak penganjur. Sebarang penukaran disaat akhir hendaklah di maklumkan pada pihak penganjur.



iii. Sistem liga dalam kumpulan, dan kemudiannya knockout, akan di gunakan untuk acara beregu.



4.3. Kategori Berpasukan


i. Format untuk acara berpasukan adalah seperti berikut:-



a. 1.Beregu



b. 2.Perseorangan



c. 3. Beregu.



ii. Bilangan peserta untuk satu pasukan adalah sebanyak 5 orang. Seorang peserta hanya di benarkan bermain sekali sahaja dalam satu – satu perlawanan. Game berasaskan best of five set.



iii. Setiap perserta tidak tertakluk samaada wajib bermain acara perseorangan atau beregu sahaja. Ianya bergantung pada strategi pasukan masing – masing.



iv. Sistem liga dalam kumpulan dan kemudiannya, knockout, akan di gunakan untuk acara berpasukan



v. Pada peringkat liga (grouping), permainan akan diteruskan hingga habis ketiga-tiga game (double 1, single, double 2), walaupun mendahului atau ketinggalan game 2-0. Hanya pada peringkat Knockout Kemenangan akan di berikan secara automatik kepada pasukan yang telah mendahului dengan 2-0 pertama. Perlawanan ke tiga tidak akan di teruskan.



vi. Untuk kategori berpasukan wanita, jika penyertaan team tidak mencukupi ,system akan diubah mengikut kesesuaian keadaan; samada round robin inside group atau sebagainya.







Hadiah Kejohanan

5.1. Individu/Beregu/Berpasukan



i. Tempat Pertama : Medal



ii. Tempat Kedua : Medal



iii. Semi finalist (Ketiga Bersama) : Medal

Location:
Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Putra Malaysia, 43400 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia