Medal
Piala Pusingan


Juara CUP
X
X


Naib Juara CUP
X



Juara PLATE
X
X


Naib Juara PLATE
X



Juara BOWL
X
X


Naib Juara BOWL
X



Juara SHIELD
X
X


Naib Juara SHIELD
X



5. Insuran Pasukan
5.1. Setiap pasukan adalah bertanggungjawab memastikan setiap pemain dan pegawai mereka yang terlibat mempunyai insuran perlindungan diri.
5.2. Pihak Urusetia tidak bertanggungjawab ke atas segala kemalangan dan kecederaan yang timbul sebelum / semasa / selepas kejohanan dijalankan.
"> Ansara Portal

KSA19 Rugby 10s

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 11, 2018

1. Yuran Kejohanan
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.

2. Kelayakan Peserta / Pasukan
2.1. 15 Orang satu pasukan (Termasuk 5 pemain gantian).
2.2. Hanya bekas pelajar MRSM yang berdaftar ANSARA sahaja.
2.3. Untuk Katergori Junior (24 tahun kebawah hingga lepasan SPM)
2.4. Untuk Katergori Terbuka ( Lepasan SPM keatas )
2.5. Penggunaan peserta ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.6. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu pasukan jika terdapat slot kosong semasa pendaftaran fasa kedua.
2.7. Hanya pasukan yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.8. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu pasukan dan satu katergori sahaja pada satu masa.
2.9. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.10. Hanya peserta warganegara Malaysia yang dibenarkan menyertai kejohanan ini.
2.11. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti kecuali jumlah peserta sesebuah pasukan itu tidak mencukupi 15 orang untuk sesuatu perlawanan di mana pserta yang telah didaftarkan mengalami kecederaan serius dan disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap pasukan perlu mengadakan sekurang-kurangnya lapan (8) orang peserta bagi memulakan setiap perlawanan dan selepas 3 minit masa ditetapkan. Jika gagal maka pasukan terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 4 gol (28 – 0).
3.2. Pasukan yang menurunkan peserta yang tidak berdaftar, penolakan mata akan dilakukan berdasarkan Pihak Urusetia.
3.3. Pasukan yang menurunkan PESERTA BUKAN ANSARA, denda akan dikenakan sebanyak RM50.00 kepada setiap peserta BUKAN ANSARA dan pemain tersebut tidak dibenarkan untuk bermain dalam mana-mana perlawanan berikutnya.
3.4. Peserta-peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.
3.5. Nombor jersi setiap peserta yang didaftarkan hendaklah dikekalkan sehingga kejohanan selesai.


4. Format Kejohanan
4.1. Masa Perlawanan
4.1.1. 10 minit sehala untuk semua perlawanan kecuali perlawanan akhir (7 -1- 7) setiap peringkat .
4.1.2. Jika permainan telah dijalankan melebihi separuh masa pelawanan tetapi terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, keadaan cuaca dan sebagainya, maka keputusan permainan adalah dianggap sah. Jika tidak, perlawanan ulangan akan dijalankan. Pengadil bertanggungjawab menentukan masa permainan.

4.2. Sistem Pertandingan
4.2.1. Pertandingan dijalankan mengikut format peraturan 10 sepasukan.
4.2.2. Setiap pasukan dijadualkan akan bermain sekurang-kurangnya 5 perlawanan sepanjang kejohanan ini.
4.2.3. Kejohanan akan dijalankan secara kumpulan iaitu melibatkan 6 kumpulan (A, B, C, D, E, F) yang dipecahkan mengikut undian.
4.2.4. Perlawanan pusingan awal akan berlangsung secara liga satu pusingan mengikut kumpulan masing-masing.
4.2.5. 16 pasukan yang mendapat ranking tertinggi akan bertanding dalam dalam peringkat CUP/PLATE pada hari kedua.
4.2.6. 8 pasukan yang mendapat ranking ke bawah akan bertanding dalam peringkat BOWL/SHIELD pada hari kedua.
4.2.7. Pemenang peringkat awal CUP/PLATE akan mara ke peringkat suku akhir CUP, manakala pasukan yang kalah peringkat CUP/PLATE akan mara ke peringkat suku akhir PLATE.
4.2.8. Pemenang peringkat suku akhir CUP akan mara ke peringkat separuh akhir CUP.
4.2.9. Pemenang peringkat separuh akhir CUP akan mara ke peringkat akhir CUP.
4.2.10. Pemenang peringkat suku akhir PLATE akan mara ke peringkat separuh akhir PLATE.
4.2.11. Pemenang peringkat separuh akhir PLATE akan mara ke peringkat akhir PLATE.
4.2.12. Pemenang peringkat BOWL/SHIELD akan mara ke peringkat separuh akhir BOWL, manakala pasukan yang kalah peringkat BOWL/SHIELD akan mara ke peringkat separuh akhir SHIELD.
4.2.13. Pemenang peringkat separuh akhir BOWL akan mara ke peringkat akhir BOWL.
4.2.14. Pemenang peringkat separuh akhir SHIELD akan mara ke peringkat akhir SHIELD.
4.2.15. Pusingan kalah mati akan digunakan dalam perlawanan peringkat penentuan,suku akhir, separuh akhir dan akhir.
4.2.16. Kedudukan ranking pasukan dalam kumpulan akan dibuat selepas tamat pusingan awal dengan mengambil kira kriteria seperti di bawah:-
a. Pasukan yang mendapat mata tertinggi
b. Pasukan yang mempunyai perbezaan skor yang tertinggi
c. Pasukan yang mempunyai skor tertinggi
d. Pasukan yang mendapat try terbanyak
e. Pasukan yang bolos terendah
f. Pasukan yang mempunyai purata skor tertinggi
g. Jika masih sama maka undian lambungan syiling akan dijalankan dengan cara “best of 3”.
h. Sekiranya salah satu pasukan yang layak ke pusingan suku akhir menarik diri, atau dibatalkan penyertaannya, maka pasukan tersebut akan diganti dengan pasukan ranking terbaik seterusnya.
4.2.17. Jika kedua-dua pasukan gagal mengadakan peserta dengan jumlah yang minima pada pusingan awal, maka keputusan perlawanan kedua-dua pasukan dikira kalah.
4.2.18. Jika didapati selepas perlawanan ada PESERTA BUKAN ANSARA dalam pasukan yang menang, secara automatik kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang kalah dengan konsep “reverse score”, dimana mata pemenang akan diberikan pada pasukan yang kalah dan sebaliknya. Pasukan itu juga akan dikenakan denda sebanyak RM50.00 per PESERTA BUKAN ANSARA.

4.3 Penentuan Kemenangan & Skor
4.3.1. Mata Perlawanan :
- Menang : 3 mata
- Seri : 2 mata
- Kalah : 1 mata
- Walk-over : 0 mata
4.3.2. Jika terdapat persamaan mata diantara pasukan-pasukan semasa peringkat kalah mati selepas tamat perlawanan, pemenang akan ditentukan melalui (mengikut turutan kebawah):-
a. 3 sepakan conversion pada jarak 22 meter secara 2 sepakan terbaik.
b. 1 sepakan conversion pada jarak 22 meter.
c. Lambungan Syiling (best of 3) akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

4.4. Peserta Gantian
4.4.1. Rolling-Sub dibenarkan dalam setiap perlawanan.
4.4.2. Penggantian boleh dilakukan pada bila-bila masa perlawanan mengikut budi bicara pengadil.
4.4.3. Penggantian tidak akan dibenarkan jika seseorang peserta itu diarah ‘keluar padang’ oleh pengadil.

4.5. Jersi
4.5.1. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan jersi yang sesuai dengan nombor yang jelas.
4.5.2. Jika terdapat jersi yang lebih kurang sama (mengikut pendapat Pengadil perlawanan) maka pertukaran jersi akan ditentukan melalui lambungan syiling di hadapan Pengadil perlawanan.
4.5.3. Setiap peserta adalah wajib menggunakan nombor jersi yang sama pada setiap kali bermain.

4.6. Disiplin & Penggantungan
4.6.1. Peserta yang diarah ‘keluar padang’ (kad merah) oleh pengadil, secara automatik digantung daripada bermain perlawanan berikutnya.
4.6.2. Peserta yang mengumpul 3 kad kuning dalam perlawanan-perlawanan sebelumnya akan digantung satu (1) perlawanan berikutnya secara automatik.
4.6.3. Pegawai Pasukan yang dilaporkan oleh Pegawai Perlawanan atau Pegawai Teknikal Kejohanan kerana melanggar disiplin pertandingan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
4.6.4. Peserta yang dikenakan kad kuning akan dikenakan time-off selama 2 minit dan dikehendaki berada didalam time-off zone.
4.6.5. Jika pasukan peserta yang diarahkan ‘keluar padang’ (kad merah) berjaya ke peringkat akhir. Kesemua peserta yang diarahkan ‘keluar padang’ (kad merah) akan dibenarkan bermain.

4.7. Pengadil & Hakim Garisan
4.7.1. Pengadil dan hakim garisan perlawanan akan disediakan.
4.7.2. Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.
4.7.3. Dalam apa juga situasi semasa perlawanan berlangsung, pengadil adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan Pegawai Kejohanan (jika ada) akan bekerjasama memberi nasihat kepada pengadil berdasarkan kepada aspek Keselamatan dan Keteraman Awam.

4.8. Bantahan/ Rayuan
4.8.1. Hanya PENGURUS PASUKAN berkenaan sahaja dibenarkan membuat bantahan / rayuan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan wang iringan sebanyak RM100.00 tunai.
4.8.2. Bantahan hendaklah dihantar kepada Pegawai Teknikal dalam masa 6 minit selepas perlawanan berkenaan tamat.
4.8.3. Wang iringan akan luput jika bantahan / rayuan gagal.

4.9. Tugas Dan Tanggungjawab Pengurusan Pasukan
4.9.1. Menyediakan pasukan sekurang-kurangnya 7 minit sebelum masa perlawanan yang dijadualkan.
4.9.2. Menyediakan perubatan dan minuman untuk pasukan.
4.9.3. Menyediakan jersi permainan yang bersesuaian beserta dengan nombor yang jelas.
4.9.4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan pasukan termasuk barang-barang dan peralatan permainan dan insuran pemain.

4.10. Piala Kejohanan
4.10.1. Piala Kejohanan “RAGBI KSA 2019” adalah hak milik penganjur dan tidak boleh disimpan terus oleh mana-mana pasukan.
4.10.2. Piala Kejohanan”RAGBI KSA 2019” akan disampaikan kepada Johan Kejohanan. Pasukan itu tidak boleh menyimpannya dan hendaklah dipulangkan kepada penganjur selepas sesi bergambar.
4.10.3. Pasukan itu bertanggungjawab tentang keselamatan, insuran dan inskripsi mengikut gaya rupa inskripsi yang sedia ada pada piala tersebut.

4.11. Hadiah Kejohanan















































Medal Piala Pusingan
Juara CUP X X
Naib Juara CUP X
Juara PLATE X X
Naib Juara PLATE X
Juara BOWL X X
Naib Juara BOWL X
Juara SHIELD X X
Naib Juara SHIELD X

5. Insuran Pasukan
5.1. Setiap pasukan adalah bertanggungjawab memastikan setiap pemain dan pegawai mereka yang terlibat mempunyai insuran perlindungan diri.
5.2. Pihak Urusetia tidak bertanggungjawab ke atas segala kemalangan dan kecederaan yang timbul sebelum / semasa / selepas kejohanan dijalankan.

Location:
Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Putra Malaysia, 43400 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia