KSA19 Netball

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 11, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara yang berdaftar sahaja.
2.2. Kategori terbuka tiada had umur.
2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta terbabit dikira memberikan walkover dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.3. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.


4. Format Kejohanan
4.1 Peraturan Pertandingan
4.1.1. Peraturan Am
i. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang terkini.
4.1.2. Peraturan Tambahan
i. Selain dari peraturan diatas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/ mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran Karnival Sukan ANSARA 2019 bagi acara bola jaring.

4.2 Format Pertandingan
4.2.1. Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan (bergantung kepada bilangan penyertaan). Pusingan awal akan dijalankan secara LIGA dan 2 pasukan teratas dalam kumpulan adalah layak untuk mara ke pusingan seterusnya.

4.3. Masa Pertandingan
4.3.1. Masa bagi pusingan liga ialah 11 minit (5 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit rehat).
4.3.2. Masa bagi pusingan suku dan separuh akhir ialah 17 minit (7 minit bagi setiap separuh masa dan 3 minit rehat).
4.3.3. Masa bagi pusingan akhir ialah 25 minit (10 minit bagi setiap separuh masa dan 5 minit rehat).

4.4. Pengiraan Mata
4.4.1. Di dalam semua perlawanan liga, pengiraan mata mengikut format tersebut:
i. Menang - 3 mata
ii. Seri - 1 mata
iii. Kalah - 0 Mata
4.4.2. Jika dua atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut:
i. Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak (iaitu jumlah jaringan gol ditolak dengan jumlah gol yang kena).
ii. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak.
iii. Pasukan yang menang perlawanan terdahulu.
iv. Diperingkat kedua dan seterusnya, sekiranya sesuatu perlawanan itu didapati seri, penentuan kemenangan akan dibuat sebagaimana berikut:
v. Tiga (3) hantaran tengah akan diambil oleh pasukan yang ditentukan secara lambungan duit.

4.5. Kelewatan
4.5.1. Setiap pasukan mesti berada di gelanggang 5 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan tersebut.
4.5.2. Masa ‘menunggu’ hanya dibenarkan selama 5 minit dan di atas kesudian pihak lawan menunggu. Jika melepasi masa tersebut dengan tanpa sebab-sebab yang munasabah, pihak Jawatankuasa Pertandingan akan memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan memperolehi 3 mata dan jumlah jaringan 5-0.

4.6. Menarik Diri
4.6.1. Pasukan yang menarik diri selepas membayar yuran penyertaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan perlawanan. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

4.7. Penangguhan
4.7.1. Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
4.7.2. Jawatankuasa Pengelola adalah mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.
4.7.3. Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan, Jawatankuasa Pertandingan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.

4.8. Peraturan Pengadilan Pertandingan
4.8.1. Penggunaan peralatan seperti bola jaring serta ukuran gelanggang adalah atas keputusan penganjur dan penggunaannya adalah MUKTAMAD.
4.8.2. Penentuan gelanggang juga akan ditentukan oleh penganjur dan pegawai teknikal.
4.8.3. Penganjur akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah dan diiktiraf sepanjang kejohanan ini berlangsung.

4.9. Tatatertib Pemakaian
4.9.1. Pakaian jersi pasukan hendaklah seragam, bersopan dan tidak menjolok mata serta bersesuaian.
4.9.2. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set Bib yang berlainan warna.

4.10 PERTUKARAN / PENGGANTIAN
4.10.1 Sebarang pertukaran/ penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil.
4.10.2 Tiada had pertukaran/ penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat.

5. Hadiah Kejohanan
5.1. Tempat Pertama : Medal
5.2. Tempat Kedua : Medal
5.3. Semifinalist : Medal

Location:
Uniten Sports Arena 43009 Kajang, Selangor, Malaysia