KSA19 Bowling

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 11, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 280.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.


2. Kelayakan Peserta
2.1. 4 orang satu pasukan.
2.2. Terbuka hanya kepada bekas pelajar MRSM yang berdaftar ANSARA sahaja layak menyertai pertandingan ini.
2.3. Kategori terbuka. Tiada had umur.
2.4. Penggunaan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.5. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu pasukan jika masih terdapat kekosongan slot selepas 19 Disember 2018.
2.6. Hanya pasukan yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.7. Pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja pada satu masa.
2.8. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan pemain sekiranya berlaku pertikaian.
2.9. Hanya pemain warganegara Malaysia yang dibenarkan menyertai kejohanan ini.
2.10. Pemain yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap pasukan perlu mengemukakan kesemua empat (4) pemain semasa pendaftaran.
3.2. Pendaftaran pasukan akan bermula pada jam 9.30 pagi. Tempoh pendaftaran berakhir pada jam 10.30 pagi. Pasukan yang gagal untuk berdaftar di dalam masa yang diberikan, tidak akan layak untuk bertanding.
3.3. Pasukan yang menurunkan pemain yang tidak berdaftar, akan dibuang dari pertandingan.


4. Format Kejohanan
4.1. Pertandingan dijalankan mengikut format peraturan 4 sepasukan.
4.2. Setiap Pasukan akan bermain sebanyak 3 permainan (game).
4.3. Kategori Kejohanan
- Kumpulan Lelaki Terbuka
- Kumpulan Perempuan Terbuka

4.4. Penentuan Kemenangan
i. Penentuan pemenang akan berdasarkan markah terkumpul bagi 3 permainan (game).
ii. Markah bagi pasukan adalah markah terkumpul setiap pemain bagi 3 permainan (game). Pasukan yang merangkul markah tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.
iii. Jika terdapat persamaan mata diantara pasukan, markah permainan (game) 3 akan digunakan sebagai penentu. Sekiranya markah permainan (game) masih sama, strike terakhir akan diambil sebagai penentu.
iv. Pemain (Lelaki & Wanita) yang mendapat mata teratas akan bergelar juara individu.
v. Markah akan dikendalikan oleh pihak pengurusan Wangsa Bowl @ One Utama.
vi. Markah pasukan akan dipamerkan di papar layar selepas setiap permainan (game).


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Pasukan
i. Tempat Pertama PASUKAN : Medal
ii. Tempat Kedua PASUKAN : Medal
iii. Tempat Ketiga PASUKAN : Medal

5.2. Individu Lelaki
i. Tempat Pertama LELAKI : Medal
ii. Tempat Kedua LELAKI : Medal
iii. Tempat Ketiga LELAKI : Medal

5.3. Individu Wanita
i. Tempat Pertama WANITA : Medal
ii. Tempat Kedua WANITA : Medal
iii. Tempat Ketiga WANITA : Medal






Location:
Wangsa Bowl @ One Utama 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Bandar Utama, Malaysia