KSA19 10KM RUN

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 13, 2018

Jadual perjalanan hari pertandingan
6.00 pagi : Peserta mula berkumpul
7.30 pagi : Larian bermula
10.00 pagi : Larian tamat


1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 60.00 bagi semua kategori dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.
1.2. Yuran yang dibayar melingkungi bayaran untuk bib, finisher medal dan t-shirt.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka kepada ahli berdaftar ANSARA sahaja.
2.2. Had umur 18 tahun ke atas.
2.3. Peserta secara otomatik mewakili ANSARA cawangan berdaftar.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan mengambil bahagian.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti dan yuran tidak akan dipulangkan kecuali pemain yang telah didaftarkan mengalami kecederaan serius atau dijangkiti penyakit yang merbahaya dan disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Peserta perlu hadir selewat-lewatnya 30 minit sebelum larian berrmula.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.


4. Format Kejohanan
4.1. Kategori Kejohanan
i. 10 km Terbuka – Lelaki
ii. 10 km Senior – Lelaki (40 tahun dan ke atas)
iii. 10 km Terbuka – Wanita
iv. 10 km Senior – Wanita (40 tahun dan ke atas)

4.2. Pengambilan Race Kit
i. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan semasa mengambil bib nombor dan KSA2019 T-shirt.
ii. Peserta perlu datang untuk mengambil Race Kit pada waktu yang ditetapkan di bawah :-
Tarikh : 23 Februari 2018
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Kolej Keris Mas, UKM

4.3. Had waktu
i. Had masa larian ialah 2.5 jam.
ii. Sekiranya peserta larian tidak dapat menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan, peserta larian tersebut perlu menaiki kenderaan ‘sweeper’ yang disediakan.

4.4. Checkpoints
i. Terdapat 1 checkpoint yg disediakan sepanjang ‘route’.
ii. Sekiranya peserta larian (10 km) tidak memiliki ‘band’ yg diberi ketika ‘checkpoint’ semasa tamat larian, penyertaan akan dibatalkan.

4.5. Peserta larian gantian atau tidak berdaftar
i. Hanya peserta larian berdaftar dibenarkan untuk mengambil bahagian.
ii. Penggantian peserta larian tidak akan dibenarkan kecuali atas kebenaran pihak penganjur dan mestilah dibuat secara bertulis.

4.6. Pakaian dan pemakaian bib
i. Setiap peserta larian dikehendaki memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
ii. Peserta larian mesti memakai nombor bib yang diberikan dengan jelas.
iii. Pemakaian t-shirt KSA2019 adalah tidak wajib.

4.7. Urusetia larian
i. Sukarelawan untuk larian akan disediakan di sepanjang jalan dan di garisan penamat.
ii. Keputusan yang dibuat oleh urusetia adalah muktamad.
iii. Dalam apa juga situasi semasa larian berlangsung, wakil urusetia adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan penganjur akan bekerjasama memberi nasihat kepada wakil urusetia berdasarkan kepada aspek keselamatan dan ketenteraman awam.


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Semua peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima Finisher Medal di garisan penamat.
5.2. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori akan menerima pingat emas,, perak dan gangsa untuk ANSARA cawangan yang diwakili.
5.3. Setiap pendaftaran akan menyumbangkan 1 mata bagi kategori penyertaan terbanyak ANSARA cawangan.


6. Insurans
6.1. Setiap peserta adalah bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai insuran perlindungan diri.
6.2. Pihak Urusetia tidak bertanggungjawab ke atas segala kemalangan dan kecederaan yang timbul sebelum / semasa / selepas larian dijalankan.

Location:
Dataran Gemilang UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia