KSA19 Galah Panjang

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 15, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 70.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini
dan yuran perlu dijelaskan sebelum kejohanan bermula.
1.2. Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran berkenaan
sepertimana yang disyaratkan.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara berdaftar sahaja.
2.2. Kategori terbuka. Tiada had umur.
2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan
dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran peserta
a. Setiap peserta perlu hadir 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta
terbabit dikira memberikan walkover dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
b. Satu salinan Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang
bertugas 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
c. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
d. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak
Urusetia.


4. Format Kejohanan
4.1. Kategori Kejohanan
i. Berpasukan lelaki dan perempuan.

4.2. Peraturan Permainan
a. Permainan melibatkan 2 kumpulan iaitu Penyerang dan Pertahanan.
b. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan hanya 2.5minit sahaja untuk setiap pusingan.
c. Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui undian.
d. Pasukan Penyerang akan cuba menembusi pasukan Pertahanan sehingga ke hujung gelanggang
dan kembali semula ke petak permulaan.
e. Mana-mana pemain pasukan penyerang yang disentuh (mana-mana bahagian tubuh) oleh mana-
mana pemain pasukan pertahanan akan dikira mati bagi pusingan tersebut.
f. Selepas mati, pasukan penyerang akan kembali ke petak permulaan dan bermula semula.
g. Setelah 2.5 minit tamat, wisel akan dibunyikan dan pasukan pertahanan akan mengambil giliran
sebagai pasukan penyerang dan begitu juga sebaliknya.

4.3. Pengiraan Mata
a. Pemenang akan ditentukan pada pasukan yang mencapai 5 mata dahulu.
b. Pasukan pertahanan dapat mematikan pasukan penyerang : 1 mata
c. Mana-mana ahli pasukan penyerang yang dapat sampai ke hujung gelanggang : 1 mata
d. Mana-mana ahli pasukan penyerang yang dapat kembali ke petak permulaan : 1 mata
e. Jika kedudukan sama (4 - 4), undian akan dilakukan melalui balingan syiling untuk menentukan
pasukan penyerang/pertahanan dan permainan akan dilangsungkan hingga mendapat pemenang.
e. Selepas perlawanan, pasukan Menang : 3 mata, pasukan tewas : 0 mata.


5. Hadiah Kejohanan

Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semi finalist : Medal





Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia