KSA19 Chess

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 15, 2018

1. Yuran Pendaftaran

1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 30.00 dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan sebelum kejohanan bermula.
1.2. Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran berkenaan sepertimana yang disyaratkan.

2. Kelayakan Peserta

2.1. Terbuka kepada hanya bekas pelajar, guru dan kakitangan, bekas guru dan kakitangan MRSM sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
2.2. Kategori terbuka. Tiada had umur.
2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.

3. Pendaftaran Peserta

3.1. Setiap peserta perlu hadir 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta terbabit dikira memberikan walkover dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
3.2. Satu salinan Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang bertugas 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.4. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.

4. Format Pemainan

4.1. Swiss 7 pusingan
4.2. Undang-undang adalah berdasarkan kepada undang-undang catur oleh Persekutuan Catur Malaysia (MCF) dan World Chess Federation (FIDE):
4.3. Pengadilan pula akan menggunakan 2 pengadil
4.4. http://bm.malaysiachess.com/
4.5. https://www.fide.com/fide/fide-world-chess-federation.html
4.6. Terbuka Campuran
4.7. Mata Pemutus : 1. Solkoff (BH) 2. Sonneborn-Berger 3. Progressive Scores
4.8. Kata Pengadil adalah muktamad
4.9. Sebarang masalah haruslah dibuat segera selepas perlawanan diadakan

5. Pengiraan Mata

5.1. Menang :1 Markah
5.2. Seri :0.5 Markah
5.3. Kalah :0 Markah

6. Hadiah Kejohanan

6.1. Individu Lelaki
i. Tempat Pertama LELAKI : Medal
ii. Tempat Kedua LELAKI : Medal
iii. Tempat Ketiga LELAKI : Medal

6.2. Individu Wanita
i. Tempat Pertama WANITA : Medal
ii. Tempat Kedua WANITA : Medal
iii. Tempat Ketiga WANITA : Medal

Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia