KSA19 5KM Fun Run

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 14, 2018

Jadual perjalanan hari pertandingan
6.00 pagi : Peserta mula berkumpul
7.45 pagi : Larian bermula
9.45 pagi : Larian tamat


1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 50.00 dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.
1.2. Yuran yang dibayar melingkungi bayaran untuk bib, finisher medal dan KSA2019 T-shirt.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2.2. Had umur 7 tahun ke atas. Peserta berumur 7-12 tahun boleh menyertai jika ibubapa atau penjaga menyertai pertandingan yang sama.
2.3. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan mengambil bahagian.
2.4. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.5. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti dan yuran tidak akan dipulangkan kecuali pemain yang telah didaftarkan mengalami kecederaan serius atau dijangkiti penyakit yang merbahaya dan disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Peserta perlu hadir selewat-lewatnya 30 minit sebelum larian berrmula.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.


4. Format Kejohanan
4.1. Kategori Kejohanan
i. Terbuka lelaki dan perempuan

4.2. Pengambilan Race Kit
i. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan semasa mengambil bib nombor dan KSA2019 T-shirt.
ii. Peserta perlu datang untuk mengambil Race Kit pada waktu yang ditetapkan di bawah :-
Tarikh : 23 Februari 2018
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Kolej Keris Mas, UKM

4.3. Had waktu
i. Had masa larian ialah 2 jam.
ii. Sekiranya peserta larian tidak dapat menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan, peserta larian tersebut perlu menaiki kenderaan ‘sweeper’ yang disediakan.

4.4. Checkpoints
i. Tiada chekpoint.

4.5. Peserta larian gantian atau tidak berdaftar
i. Hanya peserta larian berdaftar dibenarkan untuk mengambil bahagian.
ii. Penggantian peserta larian tidak akan dibenarkan kecuali atas kebenaran pihak penganjur dan mestilah dibuat secara bertulis.

4.6. Pakaian dan pemakaian bib
i. Setiap peserta larian dikehendaki memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
ii. Peserta larian mesti memakai nombor bib yang diberikan dengan jelas.
iii. Pemakaian t-shirt KSA2019 adalah tidak wajib.

4.7. Urusetia larian
i. Sukarelawan untuk larian akan disediakan di sepanjang jalan dan di garisan penamat.
ii. Keputusan yang dibuat oleh urusetia adalah muktamad.
iii. Dalam apa juga situasi semasa larian berlangsung, wakil urusetia adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan penganjur akan bekerjasama memberi nasihat kepada wakil urusetia berdasarkan kepada aspek keselamatan dan ketenteraman awam.


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Semua peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima Finisher Medal di garisan penamat.
5.2. Setiap pendaftaran akan menyumbangkan 1 mata bagi kategori penyertaan terbanyak ANSARA cawangan.


6. Insurans
6.1. Setiap peserta adalah bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai insuran perlindungan diri.
6.2. Pihak Urusetia tidak bertanggungjawab ke atas segala kemalangan dan kecederaan yang timbul sebelum / semasa / selepas larian dijalankan.

Location:
Dataran Gemilang UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia