KSA19 Congkak

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 15, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 20.00 dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai kejohanan ini dan
yuran perlu dijelaskan sebelum kejohanan bermula.
1.2 Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran berkenaan
sepertimana yang disyaratkan.


2. Kelayakan Peserta
2.1 Terbuka hanya kepada ahli Ansara berdaftar sahaja.
2.2. Kategori terbuka. Tiada had umur.
2.3 Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan
dibenarkan.
2.4 Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5 Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6 Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7 Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8 Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta
terbabit dikira memberikan walkover dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
3.2. Satu salinan Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang
bertugas 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.4. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak
Urusetia.


4. Format Kejohanan
4.1. Kategori Kejohanan
i. Individu Terbuka (Lelaki dan Perempuan)

4.2. Peraturan Permainan
i. Dua (2) orang peserta berhadapan
a. Permainan dilaksanakan dalam dua (2) papan. Kedua-dua peserta jalan /menapak serentak untuk
papan pertama. Papan ketiga (jika seri) mula permainan menampak / jalan serentak.
ii. Setelah diberi aba-aba:
a. Mula permainan dengan mengambil semua cakak dari mana-mana rumah anak dikampung sendiri;
kemudian
b. Menapak dari kanan ke kiri; lalu
c. Memasukan cakak dari satu demi satu butir ke dalam tiap rumah dengan;
d. Mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam
e. Keadaan tangan genggam tergadah; ikut
f. Giliran jalan / menapak.
iii. Boleh memintas. langkau adalah ditegah. Apabila tiba dirumah ibu sendiri, hendaklah dimasukan juga
satu (1) butir cakak; tetapi tidak di rumah ibu lawan. Cakak yang masuk ke rumah ibu lawan adalah
menjadi kepunyaan lawan.
iv. Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu sebelum mengambil cakak
kembali menapak.
v. Peserta mati giliran jalan / menapak ialah jika cakak akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Peserta
lawan akan mendapat giliran jalan.
vi. Jika naik rumah maka peserta hidup boleh meneruskan jalan semula.
vii. Hanya boleh tikam setelah melalui kampong lawan. Tikam layar adalah ditegah.
viii. Setiap sentuhan cakak mestilah mulakan cakak. Anda diberikan hanya lima (5) saat.

4.3. Penentuan Kemenangan
i. Menang menapak (pihak lawan telah ketiadaan cakak di rumah anak).
ii. Menang dua (2) papan.
iii. Pihak lawan membuat tiga (3) kesalahan serupa atau dibuang gelanggang.

4.4. Larangan/Denda
a. Bermain dengan tangan terlungkup.
b. Tidak masukan cakak ke rumah ibu atau rumah anak.
c. Sentuhan cakak yang tidak berjalan / menapak.
d. Dikira berfikir lebih lima (5) saat.
e. Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak baru.
f. Memasukan cakak dimana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.

4.5. Cara Menentukan Kemenangan
a. Permainan dijalankan secara kalah mati.
b. Permainan mengikut pola “menang tapak”.
c. “Pemain Menang” ialah yang menang dua papan.
d. “Pasukan Menang” ialah yang mengalah dua pemain lawan.


5. Hadiah Kejohanan
Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semi finalist : Medal






Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia