KSA19 Darts

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 15, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 30.00 bagi Individu dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai
kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan sebelum kejohanan bermula.
1.2. Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran berkenaan
sepertimana yang disyaratkan.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara berdaftar sahaja.
2.2. Kategori terbuka. Tiada had umur.
2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan d
dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 5 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta
terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 1 mata.
3.2. Satu salinan Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang
bertugas 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.4. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.
3.5 Setiap pemain wajib berpakaian baju berkolar, berseluar panjang dan berkasut. No head gear.
3.6 Penggunaan alkohol dan dadah adalah dilarang sama sekali.
3.7 Pengadil (chalker) adalah terdiri dari para pemain sendiri. Harap bersedia.

4. Format Kejohanan
4.1. Peringkat kumpulan
i. Peserta akan dibahagi kepada beberapa kumpulan yang mempunyai beberapa orang pemain (akan berubah mengikut bilangan penyertaan)
ii. Format pertandingan untuk peringkat kumpulan adalah kiraan 501 x 3 terus mula dan diakhiri 'on double'
iii. Hanya johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua

4.2. Peringkat Kalah Mati
i. Peserta akan diundi kembali untuk menentukan kedudukan nombor giliran perlawanan
ii. Format pertandingan untuk peringkat kedua adalah kiraan 501 x 3 terus mula dan diakhiri 'on double'
iii. Bagi perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir format pertandingan adalah kiraan 501 x 5 mula terus dan
diakhiri dengan 'on double'
iv. Sekiranya pemain tidak dapat menamatkan pertandingan 'on double' maka pengadil (chalker) akan
memutuskan kemenangan pada pungutan mata tertinggi bagi 2 bilangan dart tertinggi untuk
menentukan kemenangan

4.3 Sebarang perubahan format adalah tertakluk kepada keperluan oleh GC dan keputusan GC adalah muktamad.


5. Hadiah Kejohanan

Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semi finalist : Medal

Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia