KSA19 Volleyball

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 11, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran penyertaan sebanyak RM300.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan dan yuran perlu dijelaskan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
1.2. Pihak penganjur berhak membatalkan pendaftaran/penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran pada tarikh yang telah ditetapkan


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara yang berdaftar sahaja.
2.2. Barisan pemain dalam pasukan boleh terdiri daripada gabungan beberapa ANSARA tanpa had. Bagaimanapun pasukan tersebut hendaklah menyatakan dengan jelas ianya mewakili kontinjen ANSARA cawangan tertentu.
2.3. Penganjur berhak mengenakan pemotongan 3 markah dari markah Kontinjen sekiranya peraturan (6.1.1) tidak dipatuhi.
2.4. Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan sekiranya peraturan (2.1) tidak dipatuhi, wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
2.5. Sebarang protes dibenarkan dan wang cagaran RM240 tunai dan surat protes harus diserahkan kepada urusetia sebelum kaji selidik dibuat.
2.6. Wang cagaran akan dipulangkan sekiranya protes menjadi fakta dan markah akan ditolak 3 mata dan penyertaan pasukan tersebut terbatal.
2.7. Keputusan pengadil dan penganjur adalah muktamad.
2.8. Sebarang perubahan akan dihubungi melalui nama dan nombor telefon yang berdaftar sahaja.
2.9. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti kecuali jumlah pemain sesebuah pasukan itu tidak mencukupi 6 orang untuk sesuatu perlawanan di mana pemain yang telah didaftarkan mengalami kecederaan serius dan disahkan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 12 peserta dan 2 pegawai sukan (Pengurus & Jurulatih). Pengurus dan jurulatih boleh terdiri dari kalangan pemain. Kategori Senior dibenarkan untuk mendaftar sehingga 12 peserta.
3.2. Setiap peserta atau pegawai hanya dibenarkan mendaftar dalam satu pasukan dan satu kategori sahaja.
3.3. Peserta yang TIDAK DIBENARKAN mendaftar:
i. Peserta bukan dari kalangan ANSARA

3.4. Hanya 2 Libero dibenarkan mendaftar oleh setiap pasukan.
3.5. Peserta yang telah berdaftar secara sah sahaja dibenarkan untuk bermain.
3.6. Penganjur BERHAK mengambil tindakan merujuk SYARAT AM (2.)


4. Format Kejohanan
4.1. Kategori
4.1.1. 4 kategori dipertandingkan bagi lelaki & bilangan penyertaan maksimum:
i. Lelaki Junior (umur dibawah 24 tahun ke bawah)
ii. Lelaki Terbuka (umur 18 tahun ke atas & tiada had maksimum umur)
iii. Lelaki Senior (umur 35 tahun hingga 44 tahun)
iv. Lelaki Master (umur 45 tahun dan ke atas)

4.1.2. 3 kategori dipertandingkan bagi wanita:
i. Wanita Junior (umur dibawah 24 tahun ke bawah)
ii. Wanita Terbuka (umur 18 tahun ke atas & tiada had maksimum umur)
iii. Wanita Senior (umur 35 tahun ke atas)

4.2. Peraturan Kejohanan
4.2.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Federation International of Volleyball – FIVB) dan undang-undang terkini yang sedang berkuatkuasa.

4.3. Sistem Pertandingan
4.3.1. Pertandingan akan dijalankan secara liga berkumpulan pada pusingan pertama. Peraturan ini tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada jumlah pasukan yang akan bertanding.

4.4. Sistem Pemberian Mata / Cara Menentukan Kedudukan
4.4.1. Format “VOLLEYTHON” satu set dengan mata penamat 31.
- Pasukan yang mencapai mata 25 dalam setiap set perlawanan ialah pemenang dalam set tersebut. Begitu juga untuk set ke-3 dengan mata penamat 15.
4.4.2. Johan dan Naib Johan Kumpulan akan meneruskan perlawanan ke peringkat seterusnya.
4.4.3. Sistem pemberian mata dalam kumpulan adalah seperti berikut:
i. Menang : 2 mata
ii. Kalah : 1 mata
iii. Tarik diri : 0 mata
iv. Lucutan teknik : tolak 3 mata dari mata Kontinjen

4.4.4. Di peringkat Liga, sekiranya terdapat 2 atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, kaedah berikut akan digunakan:
i. Peringkat 1 : Jumlah Set Menang Nisbah jumlah Set Kalah
ii. Peringkat 2 : Jumlah Mata Menang Nisbah jumlah Mata Kalah
iii. Peringkat 3 : Sekiranya kedudukan masih SERI kaedah berikut akan diambilkira :
- Jika hanya 2 pasukan yang terlibat, keputusan perlawanan awal di antara kedua-dua pasukan akan diambilkira. Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat teratas.
- Pada peringkat Separuh Akhir, 2 pasukan yang kalah akan mendapat tempat Ketiga. Manakala 2 pasukan yang menang akan mara ke pusingan Akhir untuk penentuan tempat Pertama dan Kedua.

4.5. Kelewatan
4.5.1. Pasukan yang lewat 5 minit selepas masa yang ditetapkan, dianggap telah memberi kemenangan percuma kepada lawannya (31-0).
4.5.2. Semua pasukan hendaklah sentiasa berada di kawasan permainan untuk memastikan kelancaran kejohanan.

4.6. Menarik diri
4.6.1. Pasukan yang menarik diri selepas membayar yuran penyertaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan perlawanan. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

4.7. Pakaian Pemain/Jersi
4.7.1. Setiap pasukan hendaklah menyediakan jersi yang seragam dan lengkap dengan nombor di hadapan dan belakang.
4.7.2. Jersi hendaklah bernombor dari 1 hingga 20. Tinggi minima nombor depan 15sm & nombor belakang 20sm.
4.7.3. Pasukan yang tidak berpakaian seragam tidak akan dibenarkan bertanding.
4.7.4. Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan seperti yang telah didaftarkan.

4.8. Perkara Am
4.8.1. Penganjur mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyatakan dalam peraturan dan keputusan adalah muktamad.
4.8.2. Setiap perlawanan akan dimulakan dalam masa 5 minit selepas tamat perlawanan sebelumnya. Penganjur berhak meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu. Sila ambil perhatian dengan sebarang pengumuman dari pihak penganjur/pengadil perlawanan.
4.8.3. MEROKOK DAN MINUMAN KERAS adalah dilarang di kawasan gelanggang Bola Tampar termasuk kawasan persekitarannya.


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Junior/Terbuka/Senior/Master
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semi finalist : Medal

Location:
Uniten Sports Arena 43009 Kajang, Selangor, Malaysia