KSA19 Basketball 3s

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 11, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 125.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran dan cagaran akan dikembalikan selepas kejohanan.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara yang berdaftar sahaja.
2.2. Had umur seperti berikut:
i. Junior (24 tahun dan ke bawah)
ii. Terbuka (Tiada had umur)
iii. Senior (35 tahun dan keatas)

2.3. Penggunaan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. 7 orang satu pasukan (Termasuk 2 pemain gantian).
2.5. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.6. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.7. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.8. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.9. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti kecuali jumlah peserta sesebuah pasukan itu tidak mencukupi 7 orang untuk sesuatu perlawanan di mana peserta yang telah didaftarkan mengalami kecederaan serius dan disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 5 minit sebelum masa yang ditetapkan.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.3. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.
3.4. Pasukan yang menurunkan peserta yang tidak berdaftar, penolakan mata akan dilakukan berdasarkan Pihak Urusetia.
3.5. Pasukan yang menurunkan PESERTA BUKAN ANSARA, denda sebanyak RM50.00 bagi setiap PESERTA BUKAN ANSARA.
3.6. Peserta-peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.
3.7. Nombor jersi setiap pemain yang didaftarkan hendaklah dikekalkan sehingga kejohanan selesai.


4. Format Kejohanan
4.1. Half court 3 on 3.
4.2. 5 orang peserta bagi setiap pasukan termasuk 2 peserta gantian
4.3. Game time 10 minutes or first team to reach 21pts.
4.4. Peraturan FIBA digunakan.
4.5. Round robin and play-off

4.6. Kategori Kejohanan
4.6.1. Lelaki Terbuka (32 pasukan) -8 groups
4.6.2. Lelaki Junior (32 pasukan) -8 groups
4.6.3. Lelaki Senior (16 pasukan) -4 groups
4.6.4. Perempuan Terbuka (16 pasukan) -4 groups

Location:
Uniten Sports Arena 43009 Kajang, Selangor, Malaysia