KSA19 Futsal 5s

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 11, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 250.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara yang berdaftar sahaja.
2.2. Had umur seperti berikut.
i. Junior (24 tahun dan ke bawah)
ii. Novice (25 tahun hingga 34 tahun)
iii. Senior (35 tahun hingga 39 tahun)
iv. Masters (40 dan ke atas)

2.3. Penggunakan peserta ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. 10 Orang satu pasukan (Termasuk 5 pemain gantian).
2.5. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu pasukan jika masih terdapat kekosongan slot.
2.6. Hanya pasukan yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.7. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.8. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.9. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti kecuali jumlah pemain sesebuah pasukan itu tidak mencukupi 10 orang untuk sesuatu perlawanan di mana peserta yang telah didaftarkan mengalami kecederaan serius dan disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan pasukan yang terdiri daripada 10 orang peserta sahaja.
3.2. Setiap pasukan perlu hadir 5 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir selepas dipanggil untuk bermain, maka pasukan terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 3 gol.
3.3. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.4. Setiap pasukan memerlukan sekurang-kurangnya lima (5) orang peserta bagi memulakan setiap perlawanan dan selepas 5 minit masa ditetapkan. Jika gagal maka pasukan terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 3 gol (3 – 0).
3.5. Pasukan yang menurunkan pemain yang tidak berdaftar, penolakan mata akan dilakukan oleh Pihak Urusetia.
3.6. Peserta-peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.
3.7. Nombor jersi setiap pemain yang didaftarkan hendaklah dikekalkan sehingga kejohanan selesai.


4. Format Kejohanan
4.1. Undang-Undang Pertandingan
4.1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan-peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Bolasepak, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation of International Football Association). Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Futsal Majlis Sukan Kolej Komuniti berasaskan kepada Peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Undang undang Permainan Bolasepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
4.1.2. Semua keputusan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah muktamad.
4.1.3. Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti Karnival Syoknya ANSARA. 


4.2. Sistem Pertandingan
4.2.1. Sistem pemberian mata bagi pertandingan dalam kumpulan (liga) adalah seperti berikut;
i. Menang : 3 mata
ii. Seri : 1 mata
iii. Kalah : 0 mata
4.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan awal.
4.2.3. Pasukan yang berjaya mengumpul mata terbanyak akan menjadi Johan dan pasukan yang mengumpul mata kedua terbanyak akan menjadi Naib Johan dan ke akan ke peringkat yang seterusnya.
4.2.4. Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut;
i. Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘bolos’ yang paling tinggi akan menduduki tempat yang paling tinggi.
ii. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
iii. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.
iv. Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri, maka jawatankuasa persidangan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara yang lain yang difikirkan sesuai untuk menentukan pemenang.
v. Jika masih tiada keputusan, Jawatankuasa pemenang akan menentukan pemenang melalui ‘toss of coin’ iaitu sepakan penalti ’suddent death’ akan digunapakai.

4.3. Tempoh Masa Perlawanan
4.3.1. Sistem pertandingan dimainkan secara 2 separuh masa. Setiap separuh masa di peringkat kumpulan sehingga separuh akhir akan dimainkan selama lima (5) minit dengan satu (1) minit rehat antara separuh masa pada pusingan pertama.
4.3.2. Bagi perlawanan akhir, sistem pertandingan dimainkan secara 2 separuh masa. Setiap separuh masa dimainkan selama sepuluh (10) minit dengan dua (2) minit rehat antara separuh masa. Jika perlawanan berkesudahan seri, masa tambahan selama dua (2) minit dengan satu (1) minit rehat antara separuh masa akan di berikan bagi setiap separuh masa. Jika masih seri, tendangan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan. (1+1+1…dan seterusnya)

4.4. LARANGAN // Kesalahan-Kesalahan & Kelakuan Tidak Bersopan:
4.4.1. Seseorang peserta yang sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahan-kesalahan berikut;
i. Menendang atau cuba menendang peserta lawan.
ii. Membentes peserta lawan dengan menjatuhkan atau cuba menjatuhkannya dengan menggunakan kaki atau dengan membongkok di hadapan atau di belakang.
iii. Melompat ke peserta lawan.
iv. Merempuh peserta lawan dengan cara ganas atau bahaya. Merempuh peserta lawan dari belakang.
v. Memukul atau cuba memukul peserta lawan atau meludahnya.
vi. Memegang peserta lawan.
vii. Menolak peserta lawan.
viii. Merempuh peserta lawan dengan bahu.
ix. Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau mengawalnya menggunakan dengan tangan atau lengan (kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri).
x. Menggelunsur (sliding tackle) untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh peserta lawan. (Dibenarkan kecuali pengadil mengatakan sebaliknya).
xi. Hendaklah dihukum dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak lawan dari tempat di mana kesalahan berlaku.
xii. Sekiranya seorang peserta dari pasukan bertahan sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahan tersebut dalam kawasan penaltinya, ianya akan dihukum dengan satu (1) sepakan penalti tanpa mengira kedudukan bola, asalkan bola berada di dalam permainan.

4.4.2. Seseorang peserta yang melakukan salah satu dari empat kesalahan berikut;
i. Pada pendapat pengadil ia bermain dengan cara bahaya, contohnya cuba menendang bola dalam pegangan penjaga gol.
ii. Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang peserta lawan iaitu berlari antara peserta lawan dengan bola atau menggunakan badan untuk menghalang pemain lawan.
iii. Merempuh penjaga gol kecuali setelah keluar dari kawasan penalti.
iv. Apabila bermain sebagai penjaga gol;
a. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah dengan sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan kepadanya.
b. Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.
c. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di mana-mana bahagian gelanggang, melebihi 4 saat.
d. Dari hantaran gol ia menerima semula bola dari rakannya sebelum disentuh atau dimainkan oleh pemain lawan. Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan 6 meter paling hampir dengan tempat kesalahan dilakukan.

4.4.3. Seseorang peserta akan diperintah keluar gelanggang (kad merah), jika pada pendapat pengadil ianya;
i. Bersalah kerana bermain dengan amat kasar.
ii. Bersalah kerana berkelakuan ganas.
iii. Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kata-kata kesat.
iv. Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.
v. Bergaduh
vi. Menggagalkan jaringan gol pasukan lawan atau peluang jelas untuk menjaringkan gol dengan sengaja memegang bola (ini tidak terpakai untuk penjaga gol yang berada dalam kawasan penalti sendiri).
vii. Jika permainan dihentikan untuk beri perintah keluar gelanggang kepada peserta, permainan akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus hendaklah diambil dari garisan 6 meter yang paling hampir dengan tempat kesalahan berlaku.

4.4.4. Pasukan yang bergaduh akan dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan ini.
4.4.5. Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan di luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai melakukannya di dalam padang.

4.5. Menarik Diri
8.1. Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan boleh diambil tindakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur karnival.
8.2. Semua keputusan pertandingan terdahulu (dalam liga) melibatkan pasukan berkenaan juga tidak akan diambil kira.


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Junior
Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semi final : Medal

5.2. Terbuka
Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semi finalist : Medal

5.3. Senior
Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semi finalist : Medal

Location:
Uptown Sports 76828, Jalan Angsana, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia