KSA19 Hockey 5s

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 09, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 280.00 bagi pasukan dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka kepada hanya bekas pelajar MRSM yang berdaftar ANSARA sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
2.2. Kategori terbuka dan tiada had umur.
2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu pasukan jika terdapat kekosongan slot.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 5 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 3 gol.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.3. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.


4. Format Kejohanan
4.1. Pertandingan Hoki 5 sebelah dengan 8 pemain dalam sebuah pasukan, 5 pemain dan 3 simpanan.
4.2. Pertandingan bermula dengan peringkat kumpulan, dua (2) kumpulan yang mengandungi tiga (3) pasukan.
4.3. Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.
4.4. Perlawanan berlangsung 5-1-5 untuk setiap perlawanan.
4.5. Undang-undang Hoki terkini digunapakai kecuali tiada Hitting (Slapping dibenarkan) dan tiada Scooping.
4.6. Pemain hendaklah memakai pakaian yang sepatutnya seperti kasut hoki dan shin guards.
4.7. Penjaga gol hendaklah menyediakan suit sendiri.


5. Kategori Kejohanan
5.1. Kumpulan Lelaki Terbuka


6. Hadiah Kejohanan
6.1. Tempat Pertama : Medal
6.2. Tempat Kedua : Medal
6.3. Semifinalist : Medal

Location:
Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Putra Malaysia, 43400 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia