KSA19 Batu Seremban

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 15, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 20.00 dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai kejohanan ini dan
yuran perlu dijelaskan sebelum kejohanan bermula.
1.2. Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran berkenaan
sepertimana yang disyaratkan.



2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara berdaftar sahaja.
2.2. Kategori terbuka. Tiada had umur.
2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan
dibenarkan.
2.4 Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.




3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta
terbabit dikira memberikan walkover dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
3.2. Satu salinan Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang
bertugas 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.4. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak
Urusetia.



4. Format Kejohanan
4.1. Kategori Kejohanan
i. Perseorangan Terbuka (Lelaki dan perempuan)

4.2. Peraturan Bermain
i. Pada masa mengambil buah-buah itu pemain tidak boleh menyentuh mana-mana buah yang
berhampiran.
ii. Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung jatuh ke lantai
iii. Tiap kali satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan serakkan untuk peringkat yang lain.
iv. Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/kesalahan yang telah
dilakukan. (Setiap pemain akan bermula dengan buah satu).
v. Dalam pusingan lepas itu seorang pemain menyambung permainannya diperingkat ia telah
melakukan kesalahan

4.3. Cara Bermain

TAHAP SATU ; Buah Satu
Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan.

TAHAP DUA ; Buah Dua
Sama seperti buah satu; Cuma pungut dua buah setiap kali lambung

TAHAP TIGA ; Buah Tiga
Sama juga seperti buah satu dan dua,bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.

TAHAP EMPAT ; Buah Empat
Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.

TAHAP LIMA ; Buah Lima
Serakkan biasa. Ambil 3 buah ditangan kanan dan 2 buah ditangan kiri. Lambung satu buah yang ditangan kanan sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada dikedua-kedua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan keduadua tangan (dua ditangan kiri dan dua ditangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ketangan kanan

TAHAP ENAM ; Buah Sentuh
Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai dengan sekali lambung pungut kesemua buah.

TAHAP TUJUH ; Buah Pungut
Sama seperti tahap enam, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan semula.


TAHAP LAPAN ; Buah Tukar
Serakkan buah, ambil satu, lambung dan pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah di lantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua buah.

TAHAP SEMBILAN ; Buah Lambung
Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ke tangan kanan. Ulang hingga habis buah di lantai. Sekali lambung kumpul ketangan kanan.

TAHAP SEPULUH; Buah Timbang
Untuk menentukan mata/point timbang buah kebelakang tapak tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima

*Catatan : Dalam teks ini, pemainan menggunakan tangan kanan. Jika pemain menggunakan tangan kiri, semua perkataan kanan menjadi kiri dan sebaliknya

4.4. Penentuan Kemenangan

i. Individu yang memungut mata terbanyak
ii. Pihak lawan dibuang gelanggang

4.5. Larangan/Denda

-Mati
-Jika pemain tidak dapat menyambut cakak yang dilambung.
-Ketika memungut cakak, tersentuh cakak lain atau cakak-cakak lain yang terhimpit bergerak.
-Pada tahap sepuluh (buah timbang), jumlah cakak tidak sama ketika ditimbang semula ke dalam tapak -
tangan.
-Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula jalan.
-Buah Gelanggang
-Mana-mana pemain yang dikira tiga (3) kali berbuat tak sopan.
-Mana-mana pemain yang berbuat bukan- bukan dalam permainan.



5. Hadiah Kejohanan

Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semifinalist : Medal



Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia