KSA19 Carrom

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 15, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 20.00 dikenakan ke atas setiap peserta yang menyertai kejohanan ini
dan yuran perlu dijelaskan sebelum kejohanan bermula.
1.2. Pihak Urusetia berhak membatalkan penyertaan pasukan yang gagal menjelaskan yuran berkenaan
sepertimana yang disyaratkan.


2. Kelayakan Peserta
2.1 Terbuka hanya kepada ahli Ansara berdaftar sahaja.
2.2. Kategori terbuka. Tiada had umur.
2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan
dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran Peserta
a. Setiap peserta perlu hadir 5 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta
terbabit dikira memberikan walkover dengan skor 3 gol.
b. Satu salinan Borang Pendaftaran Perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang
bertugas 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
c. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
d. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak
Urusetia.


4. Format Kejohanan
4.1. Kategori Kejohanan
i. Individu Terbuka

4.2. Peraturan Kejohanan
i. Undang-undang ITF dan LTAM akan digunapakai.


5. Hadiah Kejohanan

Tempat Pertama : Medal
Tempat Kedua : Medal
Semi finalist : Medal


Location:
UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia