KSA19 Sepak Takraw

Posted By MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHUKRY, December 11, 2018

1. Yuran Pendaftaran
1.1. Yuran kejohanan sebanyak RM 125.00 dikenakan ke atas setiap pasukan yang menyertai kejohanan ini dan yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran.


2. Kelayakan Peserta
2.1. Terbuka hanya kepada ahli Ansara yang berdaftar sahaja.
2.2. Had umur seperti berikut:
i. Junior (24 tahun dan ke bawah)
ii. Terbuka (Tiada had umur)
iii. Senior (35 tahun dah ke atas)

2.3. Penggunakan pemain ANSARA cawangan lain dalam pasukan ANSARA cawangan yang didaftarkan dibenarkan.
2.4. Setiap cawangan ANSARA dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu peserta.
2.5. Hanya peserta yang membayar yuran penuh dibenarkan bermain.
2.6. Peserta hanya dibenarkan mewakili satu cawangan sahaja pada satu masa.
2.7. Pihak Urusetia berhak menentukan kelayakan peserta sekiranya berlaku pertikaian.
2.8. Peserta yang telah didaftarkan selepas bermulanya kejohanan tidak dibenarkan ditukar ganti.


3. Pendaftaran Peserta
3.1. Setiap peserta perlu hadir 10 minit sebelum masa yang ditetapkan. Jika gagal hadir maka peserta terbabit dikira memberikan walkover dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
3.2. Peserta yang tidak layak akan dibatalkan penyertaan.
3.3. Peserta dimestikan membawa kad pengenalan ke setiap perlawanan untuk tujuan semakan Pihak Urusetia.


4. Format Kejohanan
4.1. Peraturan permainan adalah bedasarkan format yang telah ditetapkan oleh International Sepak Takraw Federation (ISTAF).
4.2. http://sepaktakraw.my/undang-undang-permainan-sepaktakraw/
4.3. Format pertandingan adalah bergantung kepada jumlah pasukan yang akan bertanding. Antara format yang boleh dilakukan:
4.3.1. Liga
i. Digunakan sekiranya hanya terdapat kurang dari 10 pasukan bertanding bagi setiap kategori.
4.3.2. Grouping
i. Digunakan sekiranya terdapat lebih dari 10 pasukan yang bertanding bagi setiap kategori.
4.3.3. Kalah Mati
i. Untuk pusingan suku akhir dan separuh akhir sahaja.
4.4. Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.
4.5. Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.
4.6. Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servis akan bertukar pada setiap mata.
4.7. Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.


5. Hadiah Kejohanan
5.1. Junior/Terbuka/Senior
i. Tempat Pertama : Medal
ii. Tempat Kedua : Medal
iii. Semifinalist : Medal

Location:
Uniten Sports Arena 43009 Kajang, Selangor, Malaysia