KEJOHANAN PING PONG PERSADA DIGITAL TERBUKA KTER 2019 - BERPASUKAN

Posted By SYSTEM ADMIN, May 06, 2019

Objektif Kejohanan : Melahirkan pemain ping pong dari kalangan warga ANSARA yang boleh bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan menanam minat bersukan di kalangan warga Ansara dan merapatkan jalinan silaturahim.

Lokasi Kejohanan : Dewan JKM Sri Damansara
Tarikh : 20 Julai 2019 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pg hingga tamat

Kategori Pertandingan:
1. Berpasukan Terbuka (Bersyarat)
2. Perseorangan Lelaki Tertutup Ansara
3. Perseorangan Wanita Tertutup Ansara

Undang Rasmi pertandingan:
1. Kejohanan ini akan di jalankan mengikut Undang undang ITTF yang berkuatkuasa dan diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia dan Peraturan lain yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur( Ansara Kter)
2. Sebarang bantahan terhadap penggunaan getah yang tidak di iktiraf hendaklah dilakukan sebelum permainan bermula
3. Permainan dijalankan secara best of 5.

Yuran penyertaan:
Semua Pembayaran yuran adalah melalui ANSARA PORTAL

1. Berpasukan Terbuka (Bersyarat) – RM 100.00 per team
2. Perseorangan Lelaki Tertutup Ansara – RM 25.00
3. Perseorangan Wanita Tertutup Ansara – RM 20.00

Hadiah:
1. Berpasukan Terbuka
- Johan – RM 1500.00
- N. Johan – RM 800.00
- 3-4 Bersama – RM 300.00
- 5-8 Bersama – RM 150.00

2. Perseorangan Lelaki Tertutup Ansara
- Johan – RM 300.00
- N. Johan – RM 200.00
- 3-4 Bersama – RM 100.00
- 5-8 Bersama – RM 50.00

3. Perseorangan Wanita tertutup Ansara
- Johan – RM 200.00
- N. Johan – RM 100.00
- 3-4 Bersama – RM 50.00

Syarat Kejohanan :
1. Berpasukan Terbuka ( Bersyarat )
1.1- 2 bergu 1 perseorngan (Bergu pertama, perseorangan , Bergu kedua)
1.2- Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 4 pemain (Minima) atau 5 Pemain (Max)
1.3- Pasukan boleh mengimport 2 pemain yang bukan dari kalangan pemain ansara
1.4- Pemain Ansara bebas untuk bermain dengan mana mana pasukan dan tidak dikira import
1.5- Pelajar MRSM seluruh Malaysia juga layak untuk bermain dan tidak di kira pemain import
1.6- Pemain single bagi setiap pasukan adalah wajib dari pemain ansara
1.7- Pemain import hanya boleh bermain untuk acara bergu sahaja dan tidak boleh bergu sesama pemain import
1.8- Pemain ansara boleh bermain 2 kali tetapi hanya boleh bermain untuk acara Persorangan dan bergu ke 2
1.9- Pasukan bukan dari ansara boleh juga mengambil bahagian tetapi mesti memenuhi syarat 1.2-1.8
1.10- Kelayakkan pemain import- Semua pemain warganegara Malaysia kecauli pemain yg pernah mewakili Negara, Remaja Kebangsaan, SUKMA dan Negeri.

2. Perseorangan Lelaki
2.1- Terbuka kepada semua warga Ansara seluruh Malaysia (Wajib Berdaftar sebagai AHLI ANSARA) dan juga Pelajar MRSM seluruh Malaysia

3. Perseorangan Wanita
3.1- Terbuka kepada semua warga Ansara seluruh Malaysia (Wajib Berdaftar sebagai AHLI ANSARA) dan juga Pelajar MRSM seluruh Malaysia

Sebarang pertanyaan dan info kejohanan sila hubungi:
Zamani – 0193180633
Fawwaz – 0196919353
Ipang – 0162039353
Dr Hisyam – 0199536545
Watima – 0176852277
Dr Salina – 0139868768

Location:
Kompleks Penyayang Bakti Kompleks Penyayang BAKTI, No. 1, Jalan Tanjung SD 13/4A Off Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Selangor, Damansara Damai, 52000 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia