MONSOON TRAIL 2018

Posted By SYSTEM ADMIN, December 13, 2018

Yayasan Al- Khalifah dengan kerjasama beberapa agensi akan menganjurkan Ekspedisi 4X4 Bantuan Kemanusiaan 'Monsoon Trail 2018' ke perkampungan Orang Asli antara paling pedalaman di Malaysia iaitu Pos Hau, Balar, Belatim, & Bihai dalam daerah Gua Musang Kelantan pada 21-25 Disember 2018 ini.

Tujuan ekpedisi ini adalah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan rawatan kesihatan kepada masyarakat di sana terutamanya ketika musim tengkujuh ini.

@⁨Azhar Mohamed⁩ selaku Pengarah Projek dan merangkap bekas pelajar MRSM Mersing batch 2003 ingin mengajak anda bersama membantu dan terlibat dalam program ini. Difahamkan perlibatan lebih 100 sukarelawan dan lebih 20 pacuan empat roda.

Sekiranya anda berminat untuk membantu misi ini, sila contact Azhar Mohamed⁩ di talian whatsapp 011- 11317842 (Azhar).

#1UnitedAnsara
#UnlockingThePotential
#25TAnsara

Location:
Gua Musang 18300 Gua Musang, Kelantan, Malaysia