Virtual Mock Interview MRSM Pasir Salak 2020 (VMIPS20)

Posted By Basyeer Fauzi, November 02, 2020

Disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda, ANSARA Pasir Salak (PASSAL) dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling MRSM Pasir Salak buat julung kalinya akan mengadakan program ‘Mock Interview’ secara maya. Oleh itu, program kali ini dirujuk sebagai ‘Virtual Mock Interview MRSM Pasir Salak 2020’ (VMIPS20).
Untuk makluman, program Sireh Pulang ke Gagang (SPKG) dan ‘Mock Interview’ yang kebanyakan MRSM jalankan serentak, adalah dilakukan secara berasingan di MRSM Pasir Salak. Maka, matlamat kedua-dua program ini juga berbeda – program SPKG akan memberi fokus kepada skop kerjaya manakala program ‘Mock Interview’ akan memberi tumpuan kepada teknik untuk sesi temuduga.
Uniknya, program kali ini dirangka khusus berdasarkan format biasiswa JPA dan diadunkan dengan beberapa format badan-badan penganugerahan biasiswa yang lain seperti PETRONAS, Bank Negara, Yayasan Tenaga Nasional dan Yayasan Khazanah. Matlamat utama VMIPS20 adalah untuk menilai kelayakan pelajar untuk dianugerah biasiswa.
Butir-butir program adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 28 November 2020
Masa: 8 pagi – 5 petang
Tempat: Dalam talian

Location:
secara maya