18 NOV 2018
Press Release

“ANSARA MALAYSIA NOT INVOLVED IN MEC”

This statement is issued in direct response to the media reports covering the Malaysian ESports Convention (MEC) that was recently held from 9th to 11th November 2018 at the Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).

ANSARA Malaysia (Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia) wishes to clarify that the said event was organised by ANSARA ESports Club (Kelab Sukan Elektronik ANSARA), which is a separate entity from ANSARA Malaysia.

Apart from being a sports club that is managed by individuals that are ANSARA members, ANSARA Malaysia has no relation with, has never been involved in, and has no control over ANSARA ESports Club’s programs that are not for ANSARA members or in the planning, financing, organising and management of any of their other events, including the recent MEC.

We highly regret the confusion that might have arisen from the similarity in the name of both organisations.

Dato’ Kamarul Redzuan bin Muhamed
President
ANSARA Malaysia
18 November 2018


General Info:
ANSARA Malaysia or Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia is an organization for MRSM students alumni. It was registered in 1993 and to-date has about 220,000 ex-MRSM members from 56 MRSMs throughout Malaysia.

ANSARA Malaysia
Email: sekretariat@myansara.org
Web & FB: ANSARA Malaysia
PIC:
1. Nuraiza Dato’ Seri Zaharin
Setiausaha Agung
017-8797968
2. Abu Bakar Abdul Ghaffar
Ketua Biro Komunikasi
013-3883880

“ANSARA MALAYSIA TIDAK TERLIBAT DALAM MEC”

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada beberapa laporan media berkenaan Konvensyen ESports Malaysia (MEC) yang telah berlangsung 9 – 11 November 2018 di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU).

ANSARA Malaysia (Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia) ingin menjelaskan bahawa Konvensyen tersebut adalah anjuran ANSARA ESports Club (Kelab Sukan Elektronik ANSARA), sebuah entiti yang berasingan dari ANSARA Malaysia.

Selain dari berfungsi sebagai sebuah kelab sukan yang dikendalikan oleh individu-individu yang merupakan ahli ANSARA, ANSARA Malaysia tidak berkait langsung dengan, tidak pernah terlibat dalam, dan tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang program yang dijalankan oleh ANSARA ESports Malaysia yang bukan untuk ahli-ahli ANSARA, sama ada dari segi perancangan, kewangan, penganjuran serta pengurusan apa-apa acara anjuran mereka yang lain, termasuklah acara MEC baru-baru ini.

Kekeliruan yang mungkin timbul dari persamaan nama kedua-dua organisasi ini amatlah kami kesali.

Dato’ Kamarul Redzuan bin Muhamed
President
ANSARA Malaysia
18 November 2018


Makluman:
ANSARA Malaysia atau Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia merupakan satu pertubuhan alumni lepasan MRSM seluruh Malaysia. Ia diperbadankan pada tahun 1993 dan kini mempunyai hampir 220 ribu orang ahli bekas pelajar dari 56 cawangan MRSM.

ANSARA Malaysia
Emel: sekretariat@myansara.org
Web & FB: ANSARA Malaysia
Sila hubungi:
1. Nuraiza Dato’ Seri Zaharin
Setiausaha Agung
017-8797968
2. Abu Bakar Abdul Ghaffar
Ketua Biro Komunikasi
013-3883880

>> Download Press Statement in PDF <<

25 FEB 2017
Press Release

“KARNIVAL SYOKNYA ANSARA KE-18”

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2017: Karnival Syoknya ANSARA ke-18 atau KSA2017 merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan bagi tujuan mengeratkan penyatuan di kalangan warga alumni ANSARA Malaysia melalui program sukan.

Menerusi laungan tema “Unity Through Sports”, KSA2017 dilancarkan dengan penyertaan daripada 45 kontinjen mewakili 45 buah MRSM seluruh Malaysia, termasuk bekas pelajar, bekas guru & kakitangan. Sejarah KSA bermula sejak tahun 2000 di mana karnival sukan ini menjadi medan pertemuan warga ANSARA untuk perjumpaan semula dan beraktiviti bersama melalui sukan berpasukan dan individu.

Bermula tahun lepas, KSA2016 mejadi viral di kalangan warga ANSARA dan menerima sambutan hangat sehingga mencecah lebih 3,500 penyertaan. Atas semangat inilah, ANSARA Malaysia melantik kumpulan sekretariat KSA2017 yang menggabungkan profesional sukan, acara dan generasi pelapis muda untuk menggemparkan lagi KSA2017. Kumpulan sekretariat KSA2017 ini diketuai oleh Dato’ Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, yang mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman mengendalikan program sukan di peringkat kebangsaan & antarabangsa.

Lebih membanggakan apabila barisan sekretariat KSA2017 ini menggabungkan usahasama generasi senior dengan gen-Y muda yang membantu secara sukarela bagi merealisasikan karnival tahun ini. 22 ahli sekretariat, 25 penyelaras sukan, 45 ketua kontinjen dan lebih dari 200 sukarelawan merupakan tulang belakang utama bagi KSA2017 ini.

25 SUKAN, 44 KONTINJEN, 7000 PENYERTAAN
Kemeriahan Karnival Syoknya ANSARA Ke-18 (KSA2017) mula diwar-warkan melalui platform media sosial hanya seawal pertengahan Disember 2016. Sehingga berlangsungnya majlis pelancaran hari ini, KSA2017 telah menerima 7,000 penyertaan melalui 25 jenis sukan dan 45 kontinjen. 3 kategori, senior, terbuka dan junior, dipertandingkan bagi sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal, ragbi, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, dan hoki manakala 4 kategori, termasuk kategori masters untuk peserta 50 tahun ke atas, untuk sukan individu seperti badminton, tenis, ping pong, dan skuasy. Turut dipertandingan adalah sukan terbuka seperti bowling, golf, berbasikal, larian marathon, dan sukan-sukan tradisional. Memberi laluan lebih penyertaan kepada warga gen-Y, permainan e-sports FIFA17 turut mendapat sambutan hangat.

Sudah menjadi tradisi di mana KSA bakal diadakan pada minggu akhir Februari setiap tahun. Memilih lokasi yang lebih besar untuk menampung penyertaan yang berlipatganda ramai dengan kemudahan yang tertumpu, Pusat Sukan Universiti Malaya menjadi pilihan untuk KSA2017. Tarikh 25 dan 26 Februari bakal menjadi suatu karnival sukan yang besar untuk warga atlit ANSARA, guru-guru, kakitangan, serta keluarga dengan menjangkakan lebih 10,000 orang bakal berkunjung di karnival ini. Kesemua acara sukan bakal dipertandingkan di sekitar fasiliti sukan Universiti Malaya kecuali beberapa acara yang terpaksa diadakan di luar kawasan pada minggu yang sama seperti bowling, ragbi, golf, hoki dan berbasikal.

Selain dari acara sukan, KSA2017 juga bakal membuka peluang kepada usahawan ANSARA untuk membuka gerai jualan atau food truck bagi mempromosikan produk mereka. Usaha ini selari dengan misi korporat MARA iaitu “Menerajui Bidang Keusahawanan, Pendidikan Dan Pelaburan” untuk penguasaan ekuiti Bumiputera yang merupakan penaung kepada MRSM. Ketua Pengarah MARA, Ybhg Datuk Ibrahim bin Ahmad dijemput khas menjadi Penaung KSA2017 sebagai tanda terima kasih warga ANSARA kepada MARA yang menyediakan kemudahan pendidikan kami bermula dari Tingkatan 1 di MRSM sehinggalah menerima ijazah dalam pelbagai bidang profesional.

ANSARA MALAYSIA
ANSARA Malaysia merupakan persatuan alumni gabungan bekas pelajar MRSM seluruh Malaysia. Mula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1992, ANSARA Malaysia mempunyai lebih daripada 120ribu orang ahli sehingga batch termuda, iaitu lepasan SPM 2016. Di bawah naungan ANSARA Malaysia, sudah 22 cawangan rasmi ditubuhkan. Antara program tahunan yang diadakan di peringkat pusat ialah Karnival Syoknya ANSARA (KSA), majlis makan malam & anugerah tokoh ANSARA, majlis santai Unplugged bersama ikon ANSARA, majlis berbuka puasa dan rumah terbuka Aidilfitri, juga program berkebajikan melalui ANSARA Kasih.

ANSARA KOTA BHARU
ANSARA Malaysia telah melantik dan memberi mandat kepada ANSARA Kota Bharu untuk pelaksanaan KSA2017. Sebagai salah satu cawangan ANSARA yang tertua dengan bilangan ahli yang besar, ANSARA Kota Bharu menerima lantikan tersebut dan mengamanahkan Dato’ Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, juga merupakan Exco Sukan ANSARA Kota Bharu, untuk mengetuai kumpulan Sekretariat KSA2017. Sekretariat KSA2017 turut disokong oleh exco tertinggi cawangan juga menghantar wakil sebagai penyelaras beberapa acara sukan.

INFO KSA2017
Karnival Syoknya ANSARA ke-17 (KSA2017) bakal diadakan pada 25 & 26 Februari 2017 di Universiti Malaya Petaling Jaya. Karnival ini menjemput semua bekas pelajar MRSM, guru dan kakitangan MRSM seluruh Malaysia untuk hadir memeriahkan karnival sukan yang bakal mencipta sejarah unggul buat warga ANSARA.

Untuk makluman lanjut, lawati laman web rasmi www.syoknyaansara.com atau melalui laman sosial KSA @syoknyaansara di Facebook, Twitter dan Instagram. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat KSA2017 melalui email syoknyaansara@gmail.com

Dato Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, CEO KSA2017 - +012-4000165
Fauzul Hazwan Khalid, COO KSA2017 - +011-23114352
Musfirah Tajuddin (Eyra), CCO KSA2017 - +010-5090838 (SMS/WhatsApp)
Marlina Alias, BKOM MARA/ Media KSA2017 - +012-6222145
Ahmad Bazlan Kassim, SUA ANSARA Malaysia - +012-3269338
Nuraiza Dato Zaharin, SU ANSARA Kota Bharu - +017-8797968

>> Download Press Statement in PDF <<