Batik ANSARA, A Living Art

27 Apr 2018 Admin

“ In the beginning it was just a logo. The time passed. The 25 years old logo evolved to an artwork of high sensibility. A masterpiece of fine print work, harmonizing great minds with great elements of ANSARA. ”

Batik ANSARA, Simbolik Citarasa Fesyen Anak Sains MARA


Awalnya, ia hanyalah sebuah logo biasa. Dan masa terus berlalu.

25 tahun logo itu menyatukan kita semua. Di bawah satu payung jenama ANSARA. Melaung, menggegar mata dunia, bangga mendabik kita anak sains MARA. Biar kita berbeza ‘kelopak’nya, kita tetap #1UnitedANSARA.

Tahun ini, bersempena sambutan 25 tahun ANSARA, logo itu dievolusi menjadi satu lembaran yang penuh makna. Untuk kita semua. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

Disuntik elemen moden dalam klasiknya usia logo, dikekalkan identiti yang terhemat di jiwa. Biar bukan hanya terlihat di pampangan kain rentang sahaja, atau di mukabuku cuma, malah dibawa semakin dekat dengan hati dan mempamer jati diri.

Batik ANSARA, suatu fesyen tanda kita semua adalah sejiwa.
Simboliknya citarasa fesyen Anak Sains MARA.

Jualan BATIK ANSARA Edisi Premier kini dibuka.
Terhad kepada 300 pasang untuk cetakan pertama.
Dijual pada harga promosi super berbaloi-baloi untuk yang masih berbaki. Kain pasang untuk lelaki (2mtr) dan wanita (4mtr), juga Kemeja Ready made untuk lelaki.

Ayuh, banggalah kerana hanya anda, ya, hanya anda yang terpantas bakal menjadi model inspirasi 25 Tahun ANSARA.

Hubungi Sekretariat ANSARA untuk pre-booking segera.