ANSARA Malaysia Strategic Away Day 2019

Posted By Basyeer Fauzi, November 19 2019

ANSARA Malaysia telah berjaya mengadakan program ANSARA Strategic Away Day yang telah diadakan di Anani Villa Tanarimba, Janda Baik, Pahang pada 15 November sehingga 17 November 2019.

Program ini telah dihadiri oleh 65 orang peserta yang terdiri daripada Exco Pusat, Ketua Biro, Ketua Cawangan, ahli biro, wakil cawangan dan ahli sekretariat ANSARA Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyelaraskan objektif ANSARA Malaysia melalui pengisian aktiviti dan program biro-biro ANSARA Malaysia sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Bermula dengan ketibaan peserta di Anani Villa, setiap peserta dikehendaki mendaftarkan diri mulai jam 5 petang sehingga 6.30 petang.

Sesi pertama iaitu sesi "Selamat Datang ANSARA" bermula pada pukul 8.30 malam. Ianya dimulakan dengan sesi bacaan doa oleh Saudara Md Ridzuan Md Hamid, Ketua Cawangan ANSARA Terendak dan diikuti dengan ucapan Presiden ANSARA Malaysia, Dato' Kamarul Redzuan Mohamed. Program malam itu diperhebatkan lagi konten pengisiannya dengan bait-bait penuh makna daripada Dr Nizam Ali, Ketua Biro Pembangunan Ilmiah melalui slot "The Spirits of ANSARA". Sesi Break The Ice with Balloon oleh team PPSUA mengikat perkenalan ukhwah baru di antara peserta bagi menyemarakkan lagi semangat untuk bekerjasama sepanjang program dan seterusnya menjadi pasukan yang terbaik bagi penggal ini.

Pada hari kedua, sesi utama program ini iaitu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama ahli biro masing-masing. Terdapat 8 biro utama dalam Ansara Malaysia bagi sesi 2019-2021 ini iaitu:

1. Biro Penajaan dan Peningkatan Dana (BDana)
2. Biro Pembangunan Ilmiah (BPI)
3. Biro Komunikasi dan Penjenamaan (AKOM)
4. Biro Sukan & Rekreasi (SUKANSARA)
5. Biro Ansaranita
6. Biro Keahlian
7. Biro ANSARA Muda (AM)
8. Biro Hal Ehwal MRSM (BHEM)

dan turut disertai oleh Kelab ANSARA Business (ABiz) atas jemputan bagi penyelarasan jaringan ekonomi ahli ANSARA.

Selepas sesi perbincangan sesama ahli biro, program ini diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan bersama oleh semua peserta dari pukul 2.30 petang sehingga 7 malam.

Pada hari ketiga, iaitu hari terakhir program, sesi penggulungan perbincangan program telah diadakan termasuk penentuan kalendar takwim ANSARA Malaysia tahun 2020/2021.

Memetik Dato’ Presiden dalam ucapan penutupnya, setiap program dan perancangan biro-biro ini adalah janji kita kepada diri kita, untuk ANSARA Malaysia. Beliau turut berharap, program Strategic Away Day ini akan dapat memperbaiki tujuan penubuhan dan pergerakan program untuk ANSARA Malayia, juga memperbetulkan niat setiap peserta selaku ketua kepada ahli-ahli yang lain.

Kalau bukan kita, siapa?
Kalau bukan sekarang, bila?
(Dr Nizam, Ketua Biro Pembangunan Ilmiah)

#UnlockingThePotential
#1UnitedANSARA
#ANSARAMalaysia
#awaydayansara