LATA KEDONDONG CAMPFIRE

Posted By System Admin, April 06 2018

Pada 6 dan 7 April yang lalu, seramai 30 ahli ANSARA bersama keluarga dari Terendak, PDRM Kulim, Serting, Transkrian, Muadzam Shah, Kuala Lipis dan Kuantan telah menyertai perkhemahan di Lata Kedondong anjuran ANSARA Recreational & Outdoor Club (AROC).

Sejam perjalanan dari KL ditambah sejam lagi "jungle trekking" dirasakan berbaloi apabila disaji dengan pelbagai makanan potluck dan BBQ yang enak serta menikmati suasana tengah hutan sambil dihiburkan oleh petikan gitar dan "storytelling" sekeliling unggun api. Keesokannya, program dipenuhi dengan aktiviti mandi manda di air terjun, membina pelampung buluh, membersihkan kawasan perkhemahan (green initiative), dan picnic di tepian sungai.

Pengalaman menarik beriadah bersama ahli ANSARA walau berbeza cawangan dan usia menjalin ukhwah semua peserta.